Buat Sabun dari Minyak Masak Terpakai | Bahan-bahan dan Keselamatan

 Hai Assalamualaikum,

Kali ini kak Azza nak share cara2 macam mana nak buat sabun dari minyak masak terpakai. 

Kalau ada minyak masak banyak2 kita nak buat apa? Satu cara kita boleh hantar ke pusat recycle. Satu cara kita jadikan ia pepejal dan buang dalam tong sampah. Boleh juga campurkan ia dengan sabun dulu sebelum buang ke dalam sink dan boleh juga dibuat sabun. Kenapa nak buang kalau boleh buat sabun?

Cerita pasal sabun. Ada 2 jenis sabun yang boleh dibuat dari minyak masak terpakai ini. Satu sabun solid/buku ataupun bar. Satu lagi sabun cecair.

Kak Azza cerita tentang sabun buku dululah ye. Nanti next entry cerita pasal sabun cecair.

Untuk sabun pepejal ada 2 proses iaitu cold process and hot process. Cold process tidak menggunakan bahan pemanas macam slow cooker. Tetapi kena tunggu 4 - 6 minggu sebelum boleh guna sabun. Tunggu sabun cured. Hot process menggunakan alat pemanas seperti slow cooker dan sabun yang dihasilkan boleh terus diguna.

Yang kak Azza nak tunjukkan ialah Buat Sabun Buku guna teknik Cold Process. Ia sangat senang.

Lye - ada 2 jenis lye. Orang tak cerita tau pasal lye ada 2 jenis. Satu NaOH iaitu Sodium Hydroxide dan satu lagi KOH iaitu Potassium Hydroxide.

Untuk sabun buku kita guna NaOH. Beli NaOH di shopee atau kedai hardware. NaOh ini alkali. Bila dan campur dengan air ia jadi air alkali. Kena hati2 taknak kena tangan, mata, anggota badan. Kalau terkena, cepat2 neutralize dengan air cuka. Faham tak? Jangan salahkan orang kalau terjadi kecederaan. Buat sabun di luar rumah, balkoni, taman...jangan buat dalam dapur. Jangan campurkan peralatan buat  sabun dengan peralatan memasak...

Sebelum buat sabun, pakai semua peralatan perlindungan diri. Jangan ada anak2 berlari, baby nangis ke, kucing ke...taknak gangguan tau.

Sediakan apron, baju lengan panjang, pelindung mata, kasut bertutup, cuka untuk neutralkan alkali jika terkena badan. 

Jika berhati-hati, tidak akan terjadi kesilapan.


Bahan-bahan

Sediakan Lye yang betul, minyak masak untuk resepi saya mesti dari sumber minyak kelapa sawit. Jika guna minyak jagung, zaitun ke tak jadi.

Saya campur minyak kelapa sebab nak ia jadi berbuih. Saya juga akan share resepi 100% sabun dari minyak masak terpakai nanti. Tak perlu campur minyak.

Sediakan penimbang digital. Ukuran mesti tepat. 

Mesti guna immersion blender. Jika kacau sendiri, mungkin lambat sikit. Saya pun tak tahu tak pernah cuba kacau sendiri.

Pemotong sabun jika ada seronok juga nak potong sabun. Acuan sabun silikon banyak dijual di shopee dan lazada. Boleh juga guna kotak susu...

Pengacau/senduk silikon.

Pewarna sabun jika suka sabun warna-warni

Pewangi sabun jika suka sabun wangi. Boleh juga guna essential oil. 

Tunggu apa lagi, jom buat sabun!




Comments