Ramadan Mubarak 2020



Alhamdulillah sekali lagi kita boleh menyambut Ramadan bulan yang mulia.
Tahun 2020 ini memang mencabar sebab ada virus Covid-16.

Sekarang kita masih di dalam perintah berkurung di Malaysia. Saya amat berharap virus jahat ini akan pergi nyah pergi meninggalkan kita.
Virus ini sebenarnya banyak hikmahnya. Ia juga ciptaan Allah  yang Maha Esa. Anyway saya harap Raya Aidiffitri boleh disambut di kampung.

Okey, sempena Ramadan ini, saya ada beberapa free printable untuk mak mak pak pak sekalian. Ye kita di Malaysia ni memang tak de decorate untuk Ramadan. Tapi apa salahnya kita up kan mood Ramadan itu supaya anak-anak seronok bila Ramadan datang.
Setiap kali Ramadan, Syawal, Aidil Adha, jom hias rumah dengan lampu, banner serta hiasan yang lain.

Hiasan ini boleh dibeli di kedai tapi...sebab tahun ini PKP jadi sya buat sendiri. Hmmm selalunya saya print dari website muslimah yang lain selalunya in English. TahuRn ni saya nak dalam bahasa Malaysia jadi saya buat sendiri.
Boleh klik di gambar dan download terus ke phone atau komputer makpak sekalian. Then print terus dari phone itu.

Jangan lupa tonton video cara-cara di You Tube Channel saya.

Jangan tanya macam mana nak print dari phone. Ini makpak google. Saya guna printer HP jadi install sahaja app nye ada setting wifi sikit follow je. Tetiba boleh terus print.

Semasa Ramadan ini jangan lupa terangkan pada anak-anak kepentingan Ramadan, baca buku tentang Islam, baca Quran/Iqra, baca cerita Nabi. Jadikan ia aktiviti harian ye.

Sekian dulu entry kali ini. Wassalam.







Comments