Kami perasan yang mata Aisha tak align masa dia kecil lagi...
Tapi tak berapa obvious. Mama dan ayah je perasan orang lain susah nak nampak sebab tak dapat bezakan. Hanya sikit saja julingnya.
Mula2 check kat Klinik Mata Prof Muhaya. Sama2 time mama nak buat Relax-Smile mata mama. Then sebab peralatan tak cukup di situ untuk kanak2. Dr suggest pi ke Prince Court.
So, sejak itulah Aisha check tahap juling Aisha. Mula2 dr kata juling tak teruk. Monitor saja. Aisha ni tak rabun walaupun bebola mata bujur (macam mama).
Tapi kan sejak Covid ni, boleh dikatakan Aisha main ipad banyak sangat....
Juling bertambah teruk. Masa follow up dr cakap darjah capah dah naik. Dia minta check up dengan kawan dia di Isec. Dapat results tu nanti bawa ke PC masa check dengan dia. Dia kata mungkin surgery.
Si Ayah memang tak setuju langsung. Katanya tak penting...mama rasa maybe need second opinion kalau dr nak proceed.
Semoga tak perlu proceed dengan surgeri mata ni. Setakat ni memang stop Ipad. Kalau dia rindu nak main maincraft tu bagi maksimum 20 minit saja...susah juga nak stop terus. Bayangkan kita takde telepon.
Terima kasih la kepada sesiapa yang sudi baca coretan ini. Doakan yang baik2 ye.
Comments
Post a Comment