Ramadan 2021/1442 Cleaning Challenge #ramadan #cleaningchallenge #azzahafizah

 Hai, Assalamualaikum....


Ramadan kali ini banyak plan sebenarnya tapi tak tahu nak cakap macam mana. Rasa macam siput, slow...video pun slow nak edit...

Plan nak cuci sana, cuci sini, nak buat video Ramadan deco, eid deco...kemas katil bujang... serious banyak sangat idea tapi bulan Ramadan memang amat sibuk untuk seorang ibu nak buat semua. Kan?

Walau bagaimanapun, kak Azza sempatlah buat video prep bilik solat....Alhamdulillah.

Bilik ini merupakan bilik tetamu sebenarnya. Sebelum ni kan Kak Azza jaga mak...Mak kak Azza dah tua so kami anak2 perempuan gilir2 jaga. Setiap 3 bulan kami akan rotate. Sebelum ni Kak Azza saja jaga. Hampir 2 tahun. Jaga orang tua ni banyak sangat cabarannya dan dugaannya. 

Sebab mak tengah duduk dengan kakak sekarang ni, bilik ni kosong. Untuk pengetahuan anda, anak kak Azza yang kedua tu adalah anak gifted, perangai dia tak sama macam budak lain. Salah satu gift dia ialah boleh nampak makhluk yg orang tak nampak....so banyaklah penampakkan dalam bilik ni....spooky tak?

Sempena bulan Ramadan, kak Azza pun kemaslah dan transform bilik ni jadi bilik untuk solat...Bolehlah tengok video. Support kak Azza kan? Untuk mengemas bilik ni kak Azza guna barang2 yang telah kak Azza review seperti vakum corvan dan mop WYPE. Kain lap yang kak guna ialah kain lap dari Scotch Brite. Video dah buat tunggu nak edit je...nanti kak link kan kat sini ok.

Mula2 kak Azza sapu habuk dulu. Dari atas sampai ke bawah. Last sekali baru mop...setelah bersih baru sarung cadar dan hias. Cadar, sarung bantal, sarung kusyen dan gambar kaabah semua borong si shopee je....

Have fun watching my video semoga memberi inspirasi untuk anda semua. Terima kasih sudi membaca blog ini.

-------------------------------------

I have so many ideas but so little time to execute the ideas. Luckily I managed to make a video about cleaning our guest room ... 

Our guest room has been vacant for quite some time now. Before this, my mom stayed here in the room but now she has been staying with my sister. We also have no guest visiting anymore in this covid time. One of my daughter can see ghost  so there has been sightings inside this room that's why I decided to transform it to prayer room.

I just used items that I already reviewed in my channel. I used Corvan vacuum and WYPE mop. For wiping, cleaning the dust, I used wiping clothes from Scotch Brite. I will link the video once I have done edited it. 

All the bed sheet, pillow cases, cushion cover, pictures that I showed in the video were purchased online at shopee. 

I started dusting from the top to the bottom and finished it with mopping the floor. Have fun watching my video. Thanks for reading my blog.

Comments