WYPE Behow B20-T Hybrid Wet & Dry Self -Cleaner REVIEW | Cordless mop

 Hai Assalamualaikum,

Kak Azza ialah seorang yang jarang atau langsung tidak mop lantai rumah KECUALI jika ada kes tumpahan, atau kotoran yang perlu di mop. Ya, kak Azza tak suka mop lantai sebab ia amat memenatkan. Mop merupakan aktiviti fizikal yang menggunakan otot perut dan lengan. Boleh buat muscle jika mop setiap hari tambah2 lagi rumah 3 tingkat. Sebab tu, lepas ni kak Azza minta husband carikan rumah kecil sikit sebab tak larat nak maintain. Lainlah jika kak Azza ada maid. 

Tapi dengan perangai kak Azza yang jenis controlling ni agak2 susah nak puas hati dengan kerja orang lain. Maid akan menjadi beban pada kak Azza nanti. Lagipun kak Azza takut anak2 tak menghargai betapi teruknya kerja rumah itu jika semua maid yang buatkan....kak Azza ada isu pasal ni. 

Jadi, pada agak2 bulan Julai tahun lepas (2020) ada iklan lalu di facebook wall kak Azza, terus kak Azza klik iklan tu. Lepas fikir 10 kali kak Azza proceed dengan pembelian.

Benda ni pre-order so lambat juga nak sampai. Kak Azza dan redha jika kak Azza kena scam. Tapi Alhamdulillah pihak seller rajin update so agak lega di situ.

Harganya ialah RM749 kira mahal lah pada kak Azza sebab kak ni surirumah sahaja. Tapi adalah duit sikit2 kan...sebab kak juga seorang seller di shopee. Anda bolehlah support kak di www.shopee.com.my/mycndpets

Lepas 6 bulan baru mop Wype ni sampai. Kak Azza pun excitedlah kan....maklumlah rumah tak pernah mop. Sebelum ni hanya panggil maid harian tolong mopkan. Sejak kes covid, takda panggil dah. Lantai punya kotor tak payah cakap...teruk sangat.

Lepas tu kak Azza pun start review. Buat test macam2 untuk bagi viewer tengok. Supaya viewer pun boleh buat keputusan bijak. So, mehlah tengok video kak Azza di youtube ok. Supportlah kak Azza. 

Kak Azza bukan retis, agak mencabar di dunia youtube. Tapi yang penting dongibab hahaha.

Kesimpulannya, kak Azza suka sangat mop ni. Boleh dikatakan lantai dapur tu sampai berkilat kak Azza kerjakan.

Malangnya selepas 2 bulan........(to be continue)










Terima kasih!



Comments