Buat Sabun Lemon Zest di rumah | DIY | Homemade | Melt and pour

 Assalamualaikum, 

Sabun jenis melt and pour sangat mudah untuk dibuat. Hanya perlu beli soap base sahaja.

Untuk sabun ini, saya guna soap base glycerin. Saya kikis kulit lemon sedikit untuk di masukkan ke dalam sabun. Boleh juga guna essential oil lemon. 

Mula-mula potong soap base kecil-kecil. Lepas tu, leburkan ia guna suhu rendah. Boleh juga guna teknik double boil atau microwave.

Selepas semua dah cair, masukkan lemon zest tadi. Boleh juga tambah pewangi atau essential oil lemon.

Selepas itu, spray acuan dengan rubbing alcohol untuk buang bubble. Tuang larutan sabun tadi ke dalam acuan. Selepas itu spray sekali lagi dengan rubbing alcohol. Jangan risau, alcohol ini tak akan masuk dalam sabun sebab ia akan meruap ke udara.

Setelah agak2 dua jam, sabun pun mengeras dan boleh digunakan. Sabun glycerin base mungkin akan 'berpeluh' sebab faktor cuaca kita di Malaysia. Kalau boleh jangan buat banyak sabun. Cukup sekadar untuk kegunaan harian sahaja. 

Oleh sebab saya guna bahan organik, lemon zest akan mereput jadi, saya perlu guna cepat2. Simpan di dalam bekas kedap udara yang kering dan bebas lembapan. Jika ada kalsium klorida kontang boleh masukkan ke dalam bekas.

Selamat mencuba. 

Click to watch the video
Klik untuk tengok video/Click to watch the video


Comments