Assalamualaikum,
Sebaik selepas PKP dilonggarkan pada bulan Mac 2021 yang lalu, kami sekeluarga mengambil peluang untuk pergi melawat haiwan di G2G Animal Garden di Maeps. Sebagai tanda sokongan kami kepada haiwan-haiwan di situ kami terus berkunjung tanpa perancangan...hahaha
Tiket pun beli di situ di kaunter. Nasib kami pergi awal2 sebab dalam sebulan selepas tu wabak covid kembali meningkat dan kita kembali ke dalam fasa PKP, G2G terpaksa ditutup semula....
Sebarang info boleh rujuk di page FB mereka.
Hari yang kami pergi tu hari Ahad, cuaca amat bagus. Kami pergi pagi2 sebab petang selalu hujan pada waktu itu. Kalau hujan mestilah tak boleh buat apa2 aktiviti di dalam kan. Kasihan budak2 yang lama terperuk ni.
Banyak juga haiwan yang dapat kami tengok. Kucing pun ada...kambing2 comel, rusa, kura2 gergasi, burung yang cantik, kuda padi, arnab dan banyak lagi....semua boleh di pegang oleh anak2. Seronok la depa kan.
Harapnya wabak covid-19 ni dapat dikawal secepat mungkin. Dua tahun sudah berlalu dengan semakin banyak kematian....sama2 kita menjaga diri masing-masing. Insya Allah ia akan berlalu dan menjadi sejarah pahit buat kita semua.
Comments
Post a Comment