Buat Sendiri Sabun Arang | DIY | Charcoal Soap | Melt and Pour

 Hai Assalamualaikum,

Kali ini saya nak share macam mana nak buat sabun arang cara mudah...

Apa yang kita perlukan? Kita kena ada glycerin soap base, serbuk arang (activated carbon), pewangi fragrance oil jika suka, bekas/periuk, rubbing alcohol spray untuk buang buih, dapur untuk cairkan sabun dan acuan sabun.

Cara-cara:

Mula-mula sediakan bahan2. Letak di atas meja.  Kemuadian, potong sabun bagi kecil-kecil supaya mudah ia nak lebur/cair.

Lepas sudah potong, masukkan ke dalam periuk dan panaskan sehingga ia lebur. Boleh guna teknik double boil lebih selamat. Boleh juga guna microwave.

Selepas semua sudah lebur, matikan api dan masukkan serbuk arang dan pewangi. Buat dengan pantas.

Terus tuang ke dalam acuan. Selepas semuanya masuk ke dalam acuan, spray lagi rubbing alcohol di atas permukaan.

Biarkan ia mengeras dalam masa 2 jam, ia boleh digunakan. Selamat mencuba. 

Klik untuk tengok videonya.




Comments