Hai Assalamualaikum dari sis Azza,
Di sini saya ingin berkongsi salah satu cara membuat sabun dari minyak masak terpakai. Sabun in jenis sabun buku. Jadi Lye yang digunakan ialah jenis Sodium Hydroxide (NaOH). Sebelum membuat sabun jenis cold process atau hot process yang menggunakan Lye, kita kena mengamalkan keselamatan atau safety first. Boleh baca tentang safety dan keperluan di sini dulu...
Bahan2 yang diperlukan:
Lye (NaOH) 144g
Air tapis 322g
Minyak masak terpakai dari sumber kelapa sawit 1000g
Sedikit perahan jus limau nipis dan kulitnya dalam 4-6 biji.
Boleh tambah fragrance oil untuk naikkan bau
---------------------------------------------------------
Jika nak guna semua limau nipis, Eloklah kisar halus kesemuanya supaya tiada buangan/lebihan. Air jusnya boleh juga di campur dengan air tapis sehingga jumlahnya tepat 322g.
Boleh juga diganti dengan buah citrus yang lain.
Cara2
Sentiasa masukkan Lye ke dalam air. Larutkan Lye sehingga air menjadi jernih. Campuran tadi akan menjadi panas akibat reaksi kimia. Jangan hidu wasapnya.
Kemudian masukkan larutan Lye tadi ke dalam minyak. Dengan menggunakan hand blender, kisar larutan tadi sampai menjadi trace (kelodak) maksudnya proses saponifikasi telah berjaya.
Kemudian, masukkan limau yang telah dikisar tadi, fragrance oil dan blend sedikit lagi.
Bila larutan mula menjadi seakan-akan puding, terus masukkan ke dalam acuan sabun.
Saya hanya recycle bekas makanan sahaja. Boleh guna acuan sabun.
Selepas itu hentakkan sedikit acuan supaya tiada bubble terperangkap di dalamnya. Tutup dengan tudung atau clingwrap dan biarkan ia cure selama 4-6 minggu. Selepas waktu itu, sabun sedia untuk digunakan.
Selamat mencuba.
*Guna/buat atas tanggung jawab sendiri*
~ Sis Azza
Comments
Post a Comment