Lewat 2021 kami ke Taman Ular & Reptilia Perlis. Dah alang2 balik kampung tu kan...
Sudah lama ingin ke situ tetapi atas kekangan PKP, PKPD... terperap sahaja kan.
Ye, mama memang nak buat bahan youtube pun. Sambil menyelam minum ayaq.
Selain dari tengok ular, mama nak tengok kucing di Bustana Kucing Perlis yang terletak di tempat yang sama...
Tiket murah sahaja...
Dewasa & Warga Emas (13 tahun ke atas) RM6.00
Kanak-kanak (5 - 12 tahun) RM3.00
OKU & Kanak-kanak (4 tahun dan ke bawah) PERCUMA
Untuk pengetahuan, tempat ini memang menarik untuk dewasa dan kanak2. Ada lebih dari 150 spesis ular berbisa dan tidak berbisa di sini.
Yang jenis takut ular macam mama ni sesuaila sangat. Boleh tengok ular dari jarak dekat di dalam akuarium. Wah! memang best tengok ular berbisa depan biji mata. Geli pun ada hehe.
Cuaca pula redup memang selesa la kami hari tu. Orang tak ramai sebab sudah sekolah. Adam sekolah lewat seminggu ikut sistem giliran.
Selepas habis melawat taman ular, lalu di Bustana Kucing...mama hanya boleh derma sedikit duit. Tak boleh nak adopt kucing2 comel...banyak sangat kucing2 comel di situ...Jadi bagi penggemar kucing bolehlah ke sini ambil kucing untuk pelihara. Jangan hantar pula sebab pada waktu itu ia sudah mencapai kapasiti maksimum.
Enjoy our video...π❤️
Click to watch the video Part 1 |
Click to watch the video Part 2 |
Comments
Post a Comment