Assalamualaikum. Apa khabar??
Baru-baru ini ada tetamu datang melawat emak. Since kak Azza menjaga emak kak Azza yang sudah tua, memang ramai tetamu datang. Memang akak runsing dengan keadaan virus covid yang asyik bermutasi, tetamu pula nak datang serba salah kita dibuatnya.
![]() |
Click to watch the video! |
Berbalik kepada tetamu tadi, katanya mereka akan sampai dalam masa sejam sebab mereka ni ada checkup di hospital Putrajaya. So, alang2 dah sampai ke sini, lajak laa pula ke Cyberjaya.
Memang kalut laa. Nasib baik bulan puasa jadinya tak perlu nak hidang makanan. Mereka pula datang pada waktu tengah hari time kita nak keluar ambil anak sekolah, risau nak tinggalkan tetamu dengan emak yang sudah nyanyuk. Bukan calaang2 nyanyuk emak kak Azza ni. Takut dia buat perkara yang memalukan itu yang takut nak tinggal dia dengan unsuspecting tetamu π π π
Kak Azza jenis tak boleh biarkan tetamu datang dalam keadaan rumah berterabur. Apa-apa pun jangan panik tak tahu nak mula dari mana. Ikut je checklist yang akak share ni. Korang boleh tekan gambar dan save. Pastu print kalau rajin. Boleh juga download pdf file. Masa nak print, pilih original size ok.
Mula2 sediakan kita punya alat2. Eloklah jika ada bakul siap2 dengan barangan pencucian.Dapur (10 minit)
Ikut suka nak mula mengemas dari mana. Kalau dari dapur, setkan masa hanya 10 minit. Untuk speed cleaning, kita tak perlu cuci over sangat. Kalau ada pinggan, clear pinggan. Kalau banyak, rinse dan letak dalam sinki dulu. Jangan letak atas kaunter. Lepas tu, lap semua permukaan bagi bersih. Lap juga appliances yang ada dalam dapur. Ada yang berhabuk. Sapu sampah dan kalau ada masa lebih boleh mop dan buat spot cleaning. Spot cleaning ni cuci bahagian lantai yg kotor sahaja. Kenapa kena kemas dapur? Selalunya tetamu suka ke dapur entah kenapa ye? Kalau akak pergi rumah orang pun akak suka ke dapur intai dapur mereka. Selalunya yg dry kitchen bersih, wet kitchen kelaut. Sebab tu akak hanya ada satu kitchen sahaja π€
Ruang Tamu (10 minit)
Mula2 declutter barang yg tak sepatutnya ada di ruang tamu. Contohnya mainan anak. Seeloknya simpan terus ke tempat masing2. Kalau kalut sangat boleh masuk dalam kotak emergency untuk sembunyi dulu. Kak Azza prefer simpan terus ke tempat asal sebab kalau sembunyi, benda2 tu akan bersarang dalam tu π€.
Lepas tu, ambil duster sapu habuk2 di atas meja, meja TV, meja console dan sebagainya. Lap jika perlu. Lap TV guna pencuci yg sesuai. Sembur pencuci pada kain lap screen, lepas tu lap dari atas ke bawah.
Dah siap TV, kita betulkan sofa, kusyen kita. Empukkan kusyen dengan tepuk2nya. Susun elok2.
Lepas tu vakumlah lantai kita tu sebab mesti ada habuk lepas buat kerja2 tadi kan? Kalau nampak kotoran, buat spot cleaning guna tisu, wet wipe ikut suka janji kotoran macam coklat atas lantai tu hilang.
Tandas (5 minit)
Akhir sekali cuci tandas. Bukan cuci teruk, lap2 je. Sebabnya kemungkinan tetamu akan ke tandas agak tinggi. Kalau dalam toilet bowl kita berkerak, beruslah sikit. Bahagian paip tu lap dengan cuka bagi berkilat. Lap juga sinki dengan pencuci yg sesuai. Boleh juga sediakan tisu, kosongkan tong sampah, penuhkan sabun pencuci tangan. Letak berus lantai di luar/ tempat lain dulu.
Dah siap semua, kita nak wangikan rumah kita. Jadi buang sampah ke luar. Kalau sinpan mesti ada bau busuk yang kita tak bau sebab kita dalam rumah kita hidung dah mangli π€π π€π
Sampah macam lampin, cat litter, sampah organik - BUANG!
Selepas itu akhir sekali bolehlah spray penyegar udara. Boleh beli atau guna diffuser aromatherapy atau macam kak Azza rebus campuran air dan cuka dan kulit oren. Biarkan ia stim satu rumah...
Ok setakat ini sahaja entry kak Azza. Harap korang terinspirasi untuk mengemas rumah walaupun tak sempat. Penting untuk rumah kita tampak kemas bila tetamu datang lagipun amat digalakkan dalam agama kita Islam untuk menjaga dan menghormati tetamu kita. Bye π
Comments
Post a Comment