FREE Essential Oil Diffuser Blends Printable

 Hai Assalamualaikum,

Kali ini kak Azza nak share diffuser blends yang kak Azza selalu diffuse di rumah.

Kak Azza dah lama guna Essential Oil untuk diffuse. Ada banyak sebab kak Azza guna, selalunya untuk ketenangan diri dan anak2 dan memang suka suasana wangi...

Brand yang kak Azza guna ialah Ronella sebab kak Azza dapat diskaun. Kalau brand lain rasanya sama saja tiada masalah untuk blend.

Untuk print, hanya right click dan download. Print macam biasa. Boleh gunting untuk jadikan ia saiz poket atau lekatkan sahaja sekeping kertas di dinding...

Kak Azza diffuse dalam air 100 - 150 mL ye. Kalau guna saiz besar boleh doublekan titisan Essential Oil tersebut.

Moga bermanfaat 😘 - Kak Azza


Comments