Jalan-jalan Hujung Minggu di TRX Rooftop City Park πŸš—πŸŒ±πŸŒΊπŸŒ»

Jom Jalan-jalan di Taman Rooftop Viral!

Alhamdulillah sampai juga...kami pergi pada cuti hujung minggu dan Krismas 2023 lalu...time tu memang tengah hot dan viral park ni sebab ia baru sahaja dibuka pada umum. 

🌡🌺🌿☘️πŸͺ΄πŸŒ±πŸ΅️🌱πŸͺ΄πŸŒ΅πŸŒΏ☘️🏡️

Cerita sikit tentang TRX Rooftop City Park ni...🌱

Taman atas langit ini berkeluasan 10 hektar dan dibuka kepada rakyat marhaen pada 29 November 2023 yang lalu. Ia terletak di atas TRX Exchange lifestyle hub and retail mall. Bila dah sampai TRX mall, terus naik atas dan anda akan jumpa taman ini.

Masuk percuma sahaja jangan risau. Elok datang dengan MRT untuk elakkan kesesakan lalu lintas. TRX City Park ni sesuai dijadikan tempat riadah sekeluarga. Mempunyai lebih daripada 150 species flora untuk diterokai. Ia juga ada taman permainan seperti Play City, Play Cave, Interactive Water Play, Inspiration Garden dan lain-lain. Kalau datang ke sini jangan lupa cari Merdeka Tree dan Raintree tau. 

Semasa kami pergi haritu, restauran di dalam taman masih belum dibuka, jadinya kami masuk semula ke mall dan turun ke Concourse Level di mana terletaknya pelbagai restaurants. Ada juga food court yang menjual pelbagai jenis makanan. Cuma, masa kami pergi tu memang ramai sangat orang, jadi kena bersabar banyak-banyak semasa lapar. Nasib baik anak dah besar-besar takde lah menangis meragam bila lapar macam zaman dulu-dulu πŸ‘Ά.

Jadinya jika anda ada anak kecil silalah  bawa sneks untuk mengalas perut sementara menunggu turn meja atau beratur di food court ok. 

Kalau nak bawa stroller atay kerusi roda pun boleh cuma agak mencabar sebab orang ramai tunggu lif. Di taman pun ada banyak kawasan bertangga jadi ... leceh sikit pada pandangan saya.

Kami pergi naik MRT dari Putrajaya Central sebab nak tempat duduk...perjalanan dalam 45 minit lenguh kaki kalau nak berdiri lama tu. Turun di TRX Exchange terus berada di dalam mall dah. Lepas tu naik ke atas beramai-ramai. Masa tu semua orang tengah explore so tak lah rasa jakun sangat πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Kami tak explore di mall pun untuk tengok apa yg ada. Cuma nak ke Rooftop Park je. Sambil jalan jeling-jeling mall ni memang mall exclusive ye. Branded Boutique saja. 

Still ramai juga beratur nak masuk butik mewah....nantila saya plan nak datang lagi dengan husband untuk explore secara santai. Bila bawa anak-anak ni, depa asyik tanya bila nak balik je...spoil betul πŸ˜†

Anyway, we had fun that day, lepas lunch, naik semula ke taman dan jalan-jalan sekejap. Lepas tu, pulang ke sarang 🏑...till next time 😘



Watch the video πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Comments