Revolusi Mop Rumah dengan Self Clean Mop?😲 Too good to be true | REVIEW

Siapa di sini yang TAK suka mop lantai? (SAYA!!)


Affiliate Link Disclosure. Some of the links on here are affiliate links and I may earn if you click on them, AT NO EXTRA cost to you. Hope you find the information here useful! Thanks.

Tapi,  sebagai mak-mak kena HADAP juga ya. Lainla kalau anda ada pembantu rumah.

Yang tiada pembantu rumah macam saya....entri kali ini sesuai untuk anda.

Dulu-dulu kan, kita tak ada pilihan sangat dalam hal-hal mengemop. Ada satu jenis mop saja dijual. Yang jenis celup-celup tu.

Saya cukup tak suka bila guna mop jenis tu. Selalunya saya akan guna 2 baldi. Satu untuk bilas air kotor dan satu untuk air sabun bersih...gitu.

Saya tak suka mop lantai dengan air kotor...daripada lantai kotor sedikit, terus kotor satu rumah dibuatnya jika guna mop zaman dulu-dulu tu. 

Selalunyalah kan, bila saya pergi ke rumah orang yang ada maid, mereka akan bagi maid guna mop jenis tu...kesian maid. Tak baik tau.

Nasihat saya, ringankanlah tugas bibik tu....beli lah mop yang helok sikit ye. Walaupun bukan anda yang mencuci rumah, tapi still.... kebersihan itu tanggungjawab bersama. Bibik pun happy kerja cepat siap.

Inilah saya nak share satu benda....dah lama saya ushar bende ni di online...yelah takut nak beli sebab harganya bukan calang2 dan takut jadi tukun macam mop-mop saya yang lain...

Akhirnya, setelah berfikir panjang, saya beli juga mop ini...kalau tak cuba, saya tak tahu. Katanya mop ni sesuai dengan kehidupan zaman moden kita mak-mak yang mana semua nak cepat. Dengan mop ni....kita dapat dapat cuci lantai dengan cepat dan mudah, menjadikan rutin harian mencuci rumah kita bertambah mudah.

Betul ke? Ni lah saya nak review...

Oklah, mop ni ada 3 jenis bentuk iaitu segitiga, bulat dan petak. Saya pilih petak...entahlah saya rasa mop petak besar sikit dan senang nak cuci di bucu-bucu lantai, tangga...

Saya beli di official store mop brand Joybos boleh klik link shopee di sini.

Sampai agak cepat dan dengan excitednya saya mencuba...

Apa yang best dengan mop ini ialah, 

1πŸ‘ Separate water tanks

Ia tak campur air kotor dan air sabun...bila kita spin mop tu, ada air akan spray ke atas kain microfiber dan mencuci kain dan ada berus untuk cuci habuk-habuk yang terlekat pada kain microfiber tadi.

Air kotor akan masuk ke bahagian tangki air kotor di dalam baldi tu. 

2πŸ‘ Self clean 

Maksudnya kita tak perlu perah kain tu dengan tangan. Cuma perlu tekan mop dan biarkan ia berputar dan kain mop akan tercuci sendiri. Kain mop akan berada di dalam keadaan lembap dan tidak terlalu basah untuk pencucian seterusnya.

3πŸ‘ Kadar penggunaan air yang minimum

Saya perasan semasa menggunakan mop ini, ia menggunakan air sedikit sahaja...jadinya tak perlu angkat air sebaldi ke sana ke mari...

4πŸ‘ Mop boleh rotate 360 darjah...

Maksudnya, kita boleh cuci di bahagian yang susah dicapai dengan mudah. Contohnya ditepi kaki meja dan kerusi...di bahagian tangga. Senang untuk mencuci di bawah kabinet dapur yang sempit tu. Kita juga boleh cuci tingkap dan dinding dengan mop ni tau.

5πŸ‘ Senyap

Tidak seperti mop jenis floor washer, mop ni tak berbunyi ... senang nak mop jika kita ada anak kecil yag sedang tidur. Boleh mop tengah-tengah malam tanpa mengganggu jiran. 

6πŸ‘ Eco Friendly 🌿

Kain mop jenis microfiber boleh dibasuh berulang-ulang dan boleh digunakan semula. Bukan jenis disposable ye. 
Di sini kita boleh menjimatkan kos sambil menyelamatkan alam sekitar.

Apa yang saya tak suka dengan mop ini ialah...

1πŸ‘Ž Penat

Tidak dinafikan mop ini menggunakan tenaga manusia untuk menolak dan menarik mop semasa mencuci lantai. Jadi, berpeluh juga saya kalau mengemop di kawasan yang agak luas...

2πŸ‘Ž Masih perlu mencuci baldi

Walaupun kita tidak perlu mencuci kain mopnya, kita masih kena mencuci baldi dan penutup tangki air bersih di mana terdapat habuk dan rambut yang melekat semasa ia buat self clean. Di sini saya nak mention satu ayat iaitu...NO SUCH THIS AS SELF CLEAN
Self Clean hanyalah gimic marketing saja.

3πŸ‘Ž Tidak boleh menyerap air tumpah dengan cepat

Mop ini tidak sesuai sangat untuk mengelap air tumpah...microfiber pad nya agak tipis. Kalau nak lap juga, kena buat seulang kali. Mop and spin and mop and spin macam tu.
Di rumah saya, kalau ada kejadian air tumpah...terus saya ambil floor washer saya iaitu Tineco iFloor...mudah kerja.

Ok rasanya itu sahaja sharing saya tentang self clean mop ini. Anda boleh baca dengan lebih lanjut tentang mop ini di link shopee yang saya share ini ye

Have fun cleaning!!!

#SelfCleanSpinMop #CleaningRevolution

link shopee πŸ‘‡


Watch the videoπŸ‘‡



Comments