Welcome 2024 ✨

 Assalamualaikum...Hai kepada sesiapa yang masih membaca blog di zaman moden ini. 

Ye sudah agak lama saya tidak menulis apa2 entry untuk blog ini. Sebab tidak lain dan tidak bukan...sibuk menjalani kehidupan harian...Kadang2 tidak sempat pun nak duduk buka komputer. 

Hari-hari berjalan sangat pantas dan tanpa disedari kita sudah berada di tahun baru lagi...2024

InsyaAllah tahun ini saya akan tulis banyak entry...kalau nak tulis tentang kraf saja memang tak dapat la kan sebab nak buat kraf apa pun tak sempat. Macam mana nak buat konten kraf. Untuk YouTube pula, nak buat konten review vakum pun memerlukan modal jadi untuk tahun ini saya lebih menumpu kepada update vakum, atau vakum A vs vakum B...Subscriber pun tak naik2 mood pun kelaut 😅😅😅...kadang2 rasa macam...what's the point? you know...IDK

So untuk blog ini, saya cadang nak tulis tentang kehidupan harian saya. Lebih kepada blog zaman dulu saya... sambil-sambil tu saya akan selitkan konten kraf dan cleaning vlog. Memang saya akan tulis santai2 tanpa guna AI....kalau bahasa English senang prompt guna AI, kita nak tulis bahasa santai ni...kena guna otak manusia ye...

Pada akhir tahun lepas kita semua bersedih di atas peperangan yang masih berpanjangan di Gazah...hingga kini semasa saya menulis peperangan tersebut masih berlaku. Sama-samalah kita berdoa untuk saudara kita di sana...🤲 Semua ini menjadikan saya berasa sedih dan murung setiap kali buka medsos. Apa yg boleh saya buat ialah derma, boik0t, dan share kontent sahaja...Dunia sudah terbalik...yg jahat diagungkan, yg tertindas dipijak-pijak....Sedih dengan keadaan dunia sekarang. Kadang2 risau dengan anak2 yang akan mewarisi kehidupan di dunia...Semoga Allah SWT memudahkan kehidupan anak2 kita 🤲🤲🤲

Pada 13 Jan 2024 pula, saya dan keluarga dikejutkan dengan kem4tian ibu kesayangan saya, 3 hari sebelum sambutan hari kelahirannya....kesedihan masih menyelubungi saya dan membuatkan saya agak murung dan saya akan menangis secara tiba2 😭😭😭 

Semoga Allah SWT mengapuni dosa kedua ibu-bapa saya. Tempatkanlah mereka di kalangan para syuhada. Lapangkanlah dan terangilah kubur mereka. Jauhi mereka dari siksa kubur. Aminnn 🤲

Doa Untuk Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا

(Rabbighfir li, wa li walidayya, warham huma kama rabbayani shaghiro)

Maksudnya: Tuhanku, ampunilah dosaku dan (dosa) kedua orang tuaku. Sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu aku kecil.




Comments