5 Kegunaan Baking Soda yang anda TIDAK TAHU πŸ€”

Siapa sangka serbuk putih yang ada di dapur rumah kita tu banyak kegunaannya?

Wajib ada di rumah walaupun kita tidak suka buat kek atau baking.

Tak perlu berhabis duit membeli bahan pencuci yang mungkin ada bahan kimia berbahaya...guna sahaja baking soda. Sebelum itu, saya nak beri tahu bahawa baking soda ni tiada agen pencuci di dalamnya...cuma teksur nya seperti skrub, maka ia amat membantu di dalam aktiviti mencuci harian kita. 

Baking soda ni apa sebenarnya ya? Hasil carian saya, baking soda ialah soda penaik dengan formula kimia NaHCO₃. Ianya sejenis garam yang mempunyai soda kation dan bicarbonate anion. Ia berwarna putih di dalam bentuk serbuk halus. Selalunya digunakan di dalam masakan.

Boleh baca dengan lebih lanjut di website yang lain.

Baking soda tak sama dengan baking powder....sudah banyak pautan explain tentang ini. Semasa memasak kek, hati-hati ye nanti kek anda batat tak naik πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Ok ini adalah 5 kegunaan baking soda yang saya selalu amalkan di rumah. 

1. Skrub Pencuci 🌸
Kita boleh tambah baking soda untuk membantu kita memcuci permukaan seperti tub mandi, sinki, lantai, periuk dan banyak lagi. Taburkan sahaja serbuk baking soda, selepas itu spray atau taburkan sabun dan cuci seperti biasa. Boleh juga campurkan dengan sabun dulu supaya ia menjadi pes, sapu pada permukaan dan biarkan dalam 5 minit, selepas itu, cuci seperti biasa.

2. Penyerap Bau Busuk 🌸
Taburkan atau  masukkan ke dalam uncang dan letakkan di dalam tong sampah, beg baju, peti ais, almari dan lain-lain tempat tertutup.  Boleh juga titiskan beberapa titik essential oil untuk menambah aroma wangi tu.

3. Menyerap bau busuk di soft furnishing 🌸
Taburkan sahaja baking soda, biar sekejap untuk ia menyerap apa-apa yang patut dan selepas itu vakum sehingga bersih. Boleh juga dibuat sebagai dry shampoo tempat-tempat lembut yang susah dibasuh dengan air. Boleh tambahkan beberapa titis essential oil untuk menambah aroma wangi.

4. Deep Clean Periuk 🌸
Buatkan pes dengan sabun pencuci pinggan. Sapu pada periuk dan biarkan seketika sebelum sental dan cuci seperti biasa. Kalau rajin boleh buat pada oven...(saya tidak rajin, untuk oven saya hanya cuci dengan cuka πŸ˜…)

5. Kilatkan barang kemas 🌸
Boleh buatkan pes dengan sabun sebelum sental pada barang kemas. Atau masukkan barang kemas, serbuk baking soda dan air panas di dalam bekas tipuware. Bila suhu sudah agak sejuk, tutup bekas dan kocakkan beberapa minit. Insya Allah barang kemas akan bersinar kembali. Jika tiada baking soda, boleh guna serbuk garam biasa. Boleh tambah sabun pencuci pinggan sedikit jika suka.

Itulah sahaja perkongsian saya...sebenarnya ada banyak lagi kegunaan baking soda. Untuk tujuan pencucian rumah, eloklah guna baking soda yang sesuai seperti yang saya sudah share di link di bawah. Jika kita guna baking soda food grade untuk buat kek tu...rugi laaaa nangis nanti😭. Yang food grade kita boleh guna sebagai tambahan untuk memberus gigi, scrub rambut dan scrub muka.


Selamat mencuba 😚😚😚


Comments