Lantai rumah reput...Ini yang saya buat!

 Aduhai....lantai rumah mereput sedikit demi sedikit. Nak buat macam mana ye?

Tak reput keseluruhan bilik cuma bahagian di depan tandas. Lantai ni bukan jenis kalis air gamaknya. Semasa kami pindah ke rumah ni, memang semua sudah dipasang. 

Macam mana boleh jadi macam ni?

Sebabnya...selalu biarkan basah selepas mandi. Dululah masa saya jaga arwah mak saya, ada banyak kejadian lantai basah. Bukan tak letak alas kaki. Arwah mak saya nyanyuk, dia akan ambil alas kaki atau apa-apa kain yang dia jumpa buat tuala...sebab tulah kami tak letak alas kaki... lama kelamaan, reputlah lantai. Bahagian bilik yang lain pun guna lantai yang sama juga, masih elok lagi. 

Lantai ni akan mengeluarkan bau reput tau...saya pula risau takut ada haiwan membiak di dalam tu. Duk terbayang-bayang lipas, lipan...huhu

Lepas tu, saya cadang nak cover dengan tikar getah...lantai dah reput tau nak pijak pun tak boleh. Saya juga beli foam filler dan simen instant...nak tutup lubang la plan nya.

Bila tengok balik...memang tak boleh diselamatkan dah...so saya korek saja papan-papan reput tu. Tak tahu apa yang ada di dalam papan, mungkin kulat ke apa, asyik terbatuk-batuk semasa memproses kayu-kayu tu. Risau juga kan. So, rehat sekejap dan sambung semula dengan memakai mask.

Alhamdulillah settle. Ada lantai simen di bawahnya...pasang macam tu je rupanya. Kalau boleh DIY pasang lantai kayu macam Mimi pun best juga kan? Boleh jimat duit. Hmmmmmm...tapi saya tak rajin hahahaha. Upah kontraktor jelah.

Itu saja entri untuk kali ini. Bye ~

Watch the videoπŸ‘‡



Comments