Happy Ramadan Everyone!🌼🌻🌼🌻| Part 2

 Jika anda belum baca part 1. Sila baca part 1 dulu. Takut ada yang tertinggal...

πŸ‘‰Baca part 1

Untuk part 2 ini saya sambung aktiviti anak-anak di bulan Ramadan ye.

Download My Ramadan Journal pdf file here


11. Activity: Kaabah Dice

Untuk aktiviti buat dadu Kaabah ini, anak-anak kena warnakan Kaabah dahulu. Selepas tu, potong ikut garisan. Lipat dan sambung. Boleh guna gam untuk lebih kukuh. 

Click image to download png file


12. Activity: Coloring Mosque

Untuk aktiviti ini, anak-anak boleh warnakan masjid mengikut kreativiti masing-masing.

Click image to download png file



13. Activity: Kaabah Puzzle

Untuk aktiviti ini, anda kena gunting dulu puzzle tu. Selepas itu, baru anak-anak boleh selesaikan. Boleh tampal di atas kertas atau cardboard. 

Click image to download png file



14. Activity: Color and make mosque decor

Di dalam aktiviti ini, anak-anak boleh warnakan masjid mengikut kreativiti masing-masing. Selepas itu, gunting mengikut bentuk. Lipat dan gam bahagian suku bulatan. Gam bulan sabit atau bintang di kubah masjid. 

Click image to download png file

15. Activity: Coloring Ramadan Bookmark

Untuk aktiviti ini, anak-anak boleh warnakan dan hias penanda buku mengikut kreativiti masing-masing. Jika ada kertas yang lebih tebal, boleh lekatkan di atasnya supaya tidak terlalu nipis. Tebuk lubang di atas bahagian penanda buku dan masukkan benang atau riben.

Click image to download png file

16. Activity: Mosque Maze

Untuk aktiviti ini anak-anak boleh warnakan jalan yang betul untuk Ahmad dan Aminah ke masjid.

Click image to download png file




17. Activity: Make Ramadan Lantern

Untuk aktiviti ini, Elok lekatkan kertas yang telah di print di atas card board atau kertas yang lebih tebal. Anak-anak boleh warnakan atau hias lampu tersebut. Gunting dan lipat. Selepas itu boleh gantungkan sebagai hiasan Ramadan.

Click image to download png file


18. Activity: Good Deed Jar

Untuk aktiviti ini, anak-anak boleh tulis sendiri apa kelakuan baik yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan. Gunting dan masukkan ke dalam balang. Setiap hari boleh ambil kertas guntingan tadi dan amalkan. Boleh juga lekatkan di dinding sebagai peringatan untuk berkelakuan baik.

Click image to download png file

19. How was my Ramadan

Apabila Ramadan sudah ke penghujungnya, anak-anak boleh mengisi aktiviti ini. Minta anak-anak berfikir sejenak tentang Ramadan kali ini.

Click image to download png file



20. Ramadan Achievement Certificate

Alhamdulillah sudah selesai perjuangan anak-anak sepanjang Ramadan kali ini. Isikan nama anak-anak di sijil dan boleh dibuat sebagai kenang-kenangan. 

Click image to download png file



21. Free Ramadan Decor Templates. Have fun decorating your home!

Click image to download png file






Alhamdullillah moga Ramadan kali ini memberi erti kesabaran kepada kita semua dan semoga kita boleh menjadi muslim yang lebih baik. Di samping itu, sama-sama kita berdoa supaya saudara se-Islam kita di Falestina mendapat kemenangan. Semoga Allah SWT meringankan penderitaan mereka di sana InsyaAllah 🀲

Semoga entry kali ini bermanfaat buat semua πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—
I hope this entry will benefit all of you. Thank you for visiting my humble blog.

πŸ’—Optional: 
Anda boleh Buy me a coffee kepada saya jika anda suka dengan konten Ramadan kali ini. Hanya click Home dan ada button Buy  me a coffee di sebelah atas kanan blog. 

Anda juga boleh click link ini.
Buy me a coffee. Thank you!πŸ΅πŸ’—πŸ΅πŸ’—πŸ΅


Comments