Ramadan datang lagi! Alhamdulillah π€²π€²π€²πππ
Kali ini saya sudah sediakan pelbagai aktiviti untuk anak-anak yang berumur di dalam lingkungan 6 - 13 tahun. Anak yang besar pun boleh join. Yang belum boleh membaca boleh buat aktiviti mewarna, gunting dan tampal. Ibu ayah kena guide anak-anak ye. Jika mereka penat, jangan paksa.
Yang penting sekali, semuanya Percuma sahaja. Anda boleh download satu per satu dalam format png ataupun download semuanya di dalam susunan di dalam bentuk pdf.
Oh ya, saya buat di dalam bahasa English supaya boleh digunakan oleh anak-anak seluruh dunia.
Insya Allah saya akan buat dalam bahasa Malaysia nanti. Sebab apa? masa sangat suntuk, tak sempat dibuatnya. Tahun ini Ramadan bermula sama-sama dengan sekolah sesi 2024...mau tak kalut kan?
Jika ada tersilap, boleh betulkan ya. Saya tiada editor, hanya saya sahaja one woman kicking di sini.
Jika anda hendak download ke semua muka surat di dalam susunan, sila klik gambar di bawah. Anda akan di bawa ke google drive saya dan boleh download lah. Boleh print di kedai atau di rumah jika ada printer. Pastikan margin fit to printable area ya.
1. Apa itu Ramadan?
Di dalam poster ini, saya sudah tulis elok-elok supaya menarik hati si kecil untuk membacanya. Anda boleh print dan masukkan ke dalam frame. Letak di meja atau gantungkan di ruang makan.
Click image to download png file.
![]() |
![]() |
2. My Ramadan Goals
Untuk Ramadan Goals ini, minta anak-anak isikan apakah misi Ramadan kali ini. Untuk ruang kosong itu, boleh tuliskan matlamat sendiri.
Click image to download png file.
3. Ramadan Placemate
Untuk Ramadan placemat ini, cuma print, minta anak tulis nama di dalam ruang yang disediakan. Masukkan ke dalam file lutsinar atau laminate. Boleh buat alas semasa berbuka puasa.
Click image to download png file.
5. Salah Tracker
Untuk Salah tracker ini ialah untuk semak solat anak-anak sepanjang Ramadan dengan lebih detail. Sama juga macam tadi, minta anak tanda ✅ hari-hari ye.
Click image to download png file.
6. Activity: Dhikr Minibook
Untuk buat buku mini zikir ini, anda kena print. Minta anak gunting sekeliling kotak (sila rujuk video). Gunting juga pada garisan dot-dot. Selepas itu lipat sahaja dengan betul.
Click image to download png file.
Comments
Post a Comment